Posts

PELAJAR UITM DUNGUN INSAF SELEPAS MURTAD

Seorang penuntut sebuah universiti yang masih muda remaja mengakui pernah menukar agama kepada kristian dan kini telah insaf dan kembali kepada agama islam. Fariz Ilham Mohd Zulkifli penuntut berusia 19 tahun & menuntut di Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu dalam jurusan Diploma Seni Kulinari. Mujur la kau cepat sedar. Tak tahu apa punca remaja lelaki tersebut menukar agama asalnya dulu kepada kristian tapi apa yang lebih penting adalah keinsafan & kembali pada agama Islam. Moga ia menjadi pengajaran pada kita semua. Seorang pelajar Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara cawangan Dungun, Terengganu yang sebelum ini mengaku menukar agama kepada Kristian, memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam bahawa dia sudah insaf dan kembali memeluk Islam. Untuk berita sepenuhnya sila clik KOSMO  

SIAPA YANG MAKAN CILI TU?

Kadang - kadang rasa lucu.. Kadang - kadang rasa pelik & kadang - kadang rasa biasa la tu. Hidup ni banyak kebetulan.. Kadang - kadang apa yang kita cakap tu bukan la di tujukan buat sipolan namun contoh cerita yang kita ambil adalah dari sipolan yang lain tapi dah kebetulan sama pula kejadian maka sipolan yang lagi satu terasa kita bercakap pasal dia. Apa kes pulak sang Lekit ni?? Jom Sang Lekit nak kopek isu siapa makan cili dia la rasa pedasnya. Susulan dari entri canang kisah cinta yang pernah sang lekit tulis dalam blog tadi sang lekit sempat jenguk satu ruangan sembang ni. Selalunya enter jer lepas tu entah kemana - mana sang lekit bawa jari ni merayap ke page lain. Sekali sekala jer jenguk & berbual. Nak di jadikan cerita, mungkin jodoh la kot tetiba asyik dok membaca sepasang manusia ni berbual terperasan sesuatu dari perbualan mereka. Dari ayat - ayat dorang seperti menyindir sang lekit sebab ada di antaranya ayat yang tertulis dalam entri canang kisah cinta tu. Wa...

HARUSKAH KITA JADIKAN MEREKA BAHAN KETAWA, GURAUAN & EJEKKAN?

Mereka pun manusia. Mereka pun ada perasaan biarpun mereka kurang normal dari segi akal & fikiran namun bukan bermakna mereka tak punya rasa. Mereka juga rasa gembira, rasa sedih, rasa lapar, rasa haus & rasa semua yang kita rasa walaupun perasaan & fikiran mereka tidak sesempurna kita atau secerdik, sematang atau sebijak kita. Haruskah mereka di jadikan bahan gurauan & ejekkan yang memalukan seolah2 mereka tidak punya perasaan. Bukan pilihan juga kehendak mereka di lahirkan terencat akal, kurang cerdik atau lurus bendul dan bukan pilihan mereka juga kalau lahirnya mereka normal tapi di pertengahan jalan mereka jadi kurang siuman atas sebab - sebab tertentu. Kenapa masyarakat selalu menjadikan mereka contoh untuk di ejek, di ketawa & di jadikan bahan gurauan?? Sang Lekit pun pernah juga terjebak dalam perkara - perkara demikian dulu.. Tapi entah kenapa semalam terdetik di hati kalaulah aku di tempat mereka, apa yang aku rasa? Bila golongan macam tu.. kita sewena...

DATANG BULAN BUKAN PUNCA SEMUA PEREMPUAN JADI PEMARAH

Image
Biasanya tiap - tiap hari dia cool, happy, suka buat kelakar.. Tapi hari ni dia asyik nak marah jer. Ni mesti period?? Google search. Betul ke ada tuala wanita macam ni?? wah sayang pula nak pakai buang kalau macam ni. Kenapa mesti di kaitan mood seorang perempuan dengan datang bulan yer?? Adakah setiap bulan semua perempuan yang sedang mengambang bulannya akan jadi seorang yang cepat marah?? Kalau di katakan segelintir mungkin benar kalau di katakan semua itu tidak benar. Sebab sang lekit pun perempuan.. Kalau time bulan mengambang mood sang lekit macam biasa jer. Nak kata time tu asyik menyinga orang tak tentu pasal tak jugak. Tapi dah jadi macam satu kemestian pula kalau perempuan yang tiba - tiba cool jadi moody secara automatik di kaitkan dengan datang bulan. Dari dulu sang lekit tak setuju dengan pendapat ni. Sebab Sang Lekit kalau moody mesti ada sebab bukan sebab datang bulan. Kadang - kadang sepanjang melewati hari2 wanita setiap bulan tu ok jer mood. So, pada semua di ...

KL SEMPIT

Image
Semalam Sang Lekit sempat pergi tengok teater KL sempit di panggung teater DBKL. wah memang penuh panggung. Yang tak best semua seat2 depan di booking. Tak tau pulak boleh booking, mungkin individu tertentu je kot boleh book seat. Macam geng2 dari mereka2 yang terlibat dalam teater pastu ada book dari budak2 sekolah mana entah yang pasti area - area KL. walau terpacak awal depan pintu panggung pun still tak dapat seat depan. Amatlah mengecewakan sebab Sang Lekit memang tak suka duduk belakang kalau tengok teater. Apapun teater KL sempit ni memang tidak mengecewakan. Selain sarat dengan mesej & adengan - adengan & dialog komedi dalam teater tu memang menjadi. Tak sangka Dj Pool (KLFM, wataknya sebagai Shahdan) memang berbakat jadi pelakon komedi.Antara pelakon2 lain seperti Raja Azrey,(Alim) Izwan Pilus(Cikgu epy),Maya (matahari(Nurain), Ieda Moin(Lela),Dato Jalaluddin Hassan(Pak Mat) yang biasa kita tengok kat tv. Lagu - lagu yang di miming dalam teater tu memang sangat2 meng...

HANTU MAKIN BANYAK ATAU MAKIN BANYAK CERITA HANTU?

Lambakkan filem, drama, telemovie berkisahkan tentang hantu, misteri, mistik, pontianak, polong & bagai ni membuat banyak pula berita berkenaan histeria, gangguan misteri & mistik, pontianak, polong & bagai ni di akhbar2 sekarang ni. Apa yang menjadi persoalannya.. Apakah dulu kurang hantu & sekarang hantu makin banyak?? Semua orang nak highlight kisah2 yang bertemakan sedemikian rupa tak kira la filem/drama ataupun akhbar sebabnya macam jadi satu trend sekarang cerita or berita macam tu mendapat sambutan. Banyak pula kes - kes histeria di laporkan berlaku di sekolah2 sehingga terpaksa di tutup kerana kejadian serangan histeria tu menganggu proses pembelajaran. Kalau dulu cerita hantu kurang di tayang di pawagam atau tv maka kes - kes gangguan makhluk ghaib ni pun kurang di tulis dalam akhbar. Bila semakin banyak cerita2 bertemakan macam ni di pawagam & tv.. banyak pula kes - kes gangguan makhluk ghaib ni di tulis dalam akhbar. Apakah ini kesempatan yang di ambi...

TAK PAHAM TOPIK ATAU MEMANG SUKA KOMEN YANG TAKDE KENA MENGENA DENGAN ISU?

Ni lagi satu isu yang terjadi dalam dunia blog. Memang jumlah komen yang macam ni semakin banyak.. Tapi ada segelintir lagi masih faham konsep nak berkomen. So, kali ni sang lekit nak kopek isu ni jugak sebab kadang - kadang banyak juga dapat komen yang takde kena mengena dengan isu yang di bangkitkan dalam entri. Bukan la nak mengutuk atau mengherdik para pengomen yang suka sangat berkomen dengan komen yang takde kena mengena dengan isu tapi niat di sebalik komen yang tersasar dari topik sebenar tu amat la jelas. Contoh Sang Lekit share entri berkenaan hukum haramnya menghiasi kubur tiba2 datang satu komen yang bercakap soal aurat. Faham apa dia nak sampaikan. Dia nak sindir dalam komen sebab tuan empunya blog ni belum menutup aurat dengan sempurna. Tapi biarlah kena pada topik yang di bincangkan. Itu cuma contoh.. Bukan la nak menolak teguran yang berbentuk sindiran tu tapi cari la isu yang ada kena mengena dengan soal tu. Takde la nampak terbabas sangat komen tu. Bukan la niat s...