Posts

DEI TAMBI SUDAH PUKUL 12 LA.. BAI!

Image
Malam 2 hari lepas tak tahu siapa punya birthday party kat kawasan rumah sang lekit yang di buat kat lot parking di blok sang lekit tinggal. Apa yang sang lekit tahu majlis harijadi tu di anjurkan oleh keluarga berbangsa India, selain infomasi dari mak yang siangnya turun kekedai & di kukuhkan lagi bukti oleh en hubby yang terserempak dengan majlis tu sebelum naik kerumah serta lagu yang berkumandang sepanjang majlis tu berlangsung.  Sekadar hiasan. Carian Google Majlis itu di serikan dengan alunan lagu2 tamil yang dalam kategori loud speaker sampai dengar dentuman tu hingga ke tingkat 9 (rumah sang lekit) & sedikit menganggu kenyenyakkan tidur cik lala walaupun cik lala ni sebenarnya boleh tidur dalam suasana bising tapi kalau keterlaluan sangat bunyi bunyian tu memang siapa2 pun akan terganggu. Majlis tu start lepas maghrib.. Lagu2 yang berkumandang 100% lagu tamil la sebab majlis tu pun anjuran keluarga berbangsa india yang menurut en hubby meraikan hari jadi seorang ...

BILA MUMMY DAPAT TIKET WAYANG FREE

Image
Mula2 kena ucap terima kasih kat Nuffnang sebab bagi sang lekit 4 tiket wayang sebagai hadiah hari jadi Ogos lepas. Memandangkan tiket tu en hubby ambil lepas sang lekit bersalin, maka tak dapat la menikmati hadiah dari nuffnang tu. Takkan la dalam pantang nak pergi tengok wayang. Tiket tu sah sampai 15 oktober ni tapi tetap sang lekit tak mampu untuk menikmati hadiah dari nuffnang tu sebabnya Cik Lala kan masih kecik. Tak sesuai pulak nak bawa tempat2 macam tu. Nak tinggalkan kat Mak pun tak boleh sebab Lala minum susu mummy 100%. Maka dengan itu sedekahkan la pada mereka2 yang berkemampuan untuk tengok wayang. Tadi bagi mak & adik 2 tiket maka berdesup la dorang ke TGV metro prima nak tengok wayang. Ada baki 2 tiket kat en hubby. Ikut suka dia la nak ajak siapapun tengok wayang dengan syarat bukan girlfriend, skandal or sugar mummy. Sang lekit terpaksa terima hakikat Cik Lala la filem yang paling best untuk di tonton hari2 sehingga umurnya 1 tahun keatas baru la boleh nak baw...

GAJI RM800 TAPI BELANJA MACAM GAJI RM8K

Bila orang sebut Dolce, Gabana, Gucci bagai telan air liur je. Yelah gaji cuma RM800, sewa rumah RM250, nasib baik bil elektrik bawah RM20 jadi tak perlu bayar, Bil air tak risau mesti bawah RM10 sebulan tapi makan, pakai, simpan sikit manalah tau emergency. Tinggal berjauhan dengan keluarga ni kena ada persediaan awal. Tu kisah sang lekit waktu kerja di cyber cafe ( kerja sementara nak dapat kerja ) selepas company yang sang lekit kerja sebelum tu tutup sebab masalah dalaman & kewangan. Memang ada simpanan sang lekit masa keja kat situ ( gaji kat situ pun not bad so dapat la saving sikit2 )  tapi sang lekit dah la menyewa sorang2 lepas tu jauh dari family jadi selagi boleh gunakan duit gaji yang seciput tu sang lekit taknak la keluarkan duit simpanan. Cerita macam setahun je kerja kat cyber cafe tu kan padahal kerja 1 bulan jer.( errkk.. dua bulan kot.. tak ingat pulak ) Berbalik pada kisah sebenarnya.. Gaji  RM800 belanja macam gaji RM8k sebulan. Maksudnya orang yang...

SAMPAI BILA NAK BERGANTUNG DENGAN MAK

Pengalaman pertama menjadi seorang mummy kepada Lala memang dari A to Z kena belajar. Dari cara dukung ( Nurse kat hospital yang ajar) sehingga tukar lampin, susukan dia, mandikan dia, tidur kan dia.. Macam - macam la. Tapi hanya 1 jer sang lekit belum pernah buat & tak tahu macam mana nak buat. Mandikan lala.. dari semenjak dia di lahirkan.. masa kat hospital nurse yang buatkan, kat rumah mak sang lekit yang buatkan tapi bila mak dah balik kampung nanti tentu la sang lekit kena buat sendiri takkan nak suruh nurse datang rumah mandikan lala lak kan. Mandikan baby yang umur baru 1 bulan ni bukan macam budak 1 tahun. Kita kena pegang lepas tu mandikan, syampu bagai. Sampai hari ni sang lekit belum belajar mandikan lala tapi sang lekit yakin sang lekit boleh buat kot bila mak dah takde nanti. Sampai bila nak bergantung dengan mak. Takkan la nak suruh mak jaga Lala sampai umur 1 tahun baru sang lekit nak ambil tugas mandikan lala pulak. Cukup la Mak dah bersusah payah besarkan enam...

RAMAI YANG TAK TAHU & BARU TAHU RUPANYA

Image
Rupanya ramai yang masih tak tahu & baru tahu. Punya la dok canang pung pang pung pang kat blog.. Kat FB tu tak kalah punya dok tayang rupanya masih ada yang tak perasan. Akibat ketidakprihatinan mereka2 ni bila baru terperasan akan kejadian tu.. masih2 menerjah dengan soalan yang bertulis begini... Bila? Tak tahu pun... Tu salah satu soalan. Tapi ada soalan yang lagi best. Bila ko kawen? Kenapa dorang tertanya2 soalan2 macam tu. Ni kes baru perasan kat FB sang lekit dah mula dihiasi gambar baby lala. Yang tahu sang lekit dah kawen tak tahu dah bersalin maka soalan yang pertama tu la tanya.. Yang tak tau pun sang lekit dah kawen apatah lagi dah beranak maka di aju la soalan kedua. Bagi yang masih belum tahu.. Inilah anakku yer Tapi ada kawan2 yang selalu update pasal sang lekit kat blog ni. Kebanyakkan kawan2 sang lekit silent reader jer.. Untuk kawan2 yang baru tahu, baru perasan & baru dapat berita yang sang lekit dah kawen, dah beranak tu.. Jangan la rasa kecik hati ang...

MEE SANGGUL

Image
Tetiba petang ni teringat pula mee sanggul. Korang tau ke mee sanggul tu macam mana?? Kalau belah utara memang panggil mee sanggul tapi ada sesetengah tempat panggil mee siput kalau tak silap. Lama rasanya tak makan mee sanggul ni. Mee sanggul ni dah lama wujud.. dari sang lekit kecik2 dulu dah ada mee sanggul ni. Kenapa ia di panggil mee sanggul?? Mungkin jugak sebab dia di gulung macam sanggul. Tapi kenapa sesetengah tempat panggil mee siput. Takde rupa macam siput pun. Kalau macam sanggul tu memang la ada. Tu sang lekit tak dapat nak jawab. Apa yang sang lekit nak kopek pasal mee sanggul petang2 hari ni yer?? Takde apa sangat nak cerita pasal mee sanggul cuma tiba2 teringat. Masa kecik2 dulu kalau hari minggu mak suka jugak goreng pagi2 untuk sarapan. Memang sedap mee sanggul tapi bergantung pada tukang masak jugak. Kalau tukang masak yang memang tak tau masak, tu tak di jamin la akan jadi sedap. Mee sanggul ni masak lebih kurang macam bihun goreng @ mee goreng jugak. Nak campak...

ALASAN RABUN & TAK PAKAI SPEK PUNCA MAMAT SEPAH TAK PERASAN GAMBAR FIDA NAMPAK RAMBUT

Image
Panjang betul tajuk entri tu kan.. Tajuk pun dah tau isu apa yang sang lekit nak kopek dengan rakusnya. Walau pada mulanya sang lekit rasa malas nak join berkomen pada isu Fida bergambar tanpa tudung ni tapi bila terbaca kenyataan yang di keluarkan kekasih si Fida, Mamat sepah buat sang lekit tiba2 jadi minat lak nak bercakap pasal isu ni. Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu. "Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata. "Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.(Untuk artikel sepenuhnya sila clik DISINI ) Gambar yang menjadi kontroversi  Tu dia sebahagian kenyataan yang di keluarkan mamat sepah bagi membela Si Fida yang sedang di hentam teruk gara2 gambar tak...