Posts

ARTIS KENA ROGOL

Image
Siapa artis yang kena rogol tu? Siapa yang rogol artis tu? Macam mana dia boleh kena rogol? Dia di rogol kat mana? Kesian kan kat artis tu.. Siapa yang tergamak rogol dia? Mesti dia malu.. 1 malaysia lepas ni akan tahu dia dah kena rogol. Mesti berebut2 wartawan nak tulis pasal dia. Mesti kes ni buat artis tu makin terkenal. Mungkin juga artis tu akan bersara terus dari bidang seni sebab malu nak berdepan dengan orang ramai setelah orang tahu dia di rogol. Masalahnya sekarang siapa artis yang kena rogol tu?? sekadar hiasan. Carian Google Ramai artis yang dah kena rogol sebenarnya. Nak list satu persatu memang tak boleh. Tapi tak perlu la nak di sensasikan sebab kita dah tengok aksi perogol yang merogol para2 artis tu. Yang merogol jugak artis. Jadi apa nak heran setakat kena rogol dalam filem atau drama kan?? Korang dengar tajuk tu mesti ramai yang nak clik. Sibuk nak tau jugak siapa artis yang kena rogol. Lepas ni boleh la up entri pasal tu kan?? Boleh dapat traffic juta2 lemo...

MALU MAK.. NAK!

Kita sedia maklum kes budak 15 tahun yang kononnya di culik masa pergi beli topup alih2 jadi kes lari ikut jantan. Rakyat malaysia yang prihatin pakat dok share la berita penculikkan minah ni.. Sang lekit dari awal lagi rasa minah tu tak kena culik. Rasa hati ni kuat mengatakan lari ikut boipren la tu. Sebab tu sang lekit tak share. Tup.. Tup.. betul la pulak. Yang si minah ni kau nak lari dengan jantan pun jangan la menyusahkan orang lain & memalukan mak bapak & seluruh keturunan kau. Bukan salah mak bapak kau canang kat media.. sebagai mak bapak harus dorang risau & buat apa saja nak selamatkan anak dia dari jadi mangsa jenayah ini adalah salah kau yang tak reti nak jaga nama baik family kau. Sapa tak boleh halang kau nak lari dengan jantan mana pun tapi lepas kau lari tu bertanggungjawab la sikit. Sms la kat mak bapak kau bagitau kau bukan kena culik. Kau ada kat tempat selamat supaya kes kau tak di canang seantero malaya. Cukup la jiran2 tetangga kau je tau kau lari...

SEMAKIN KUAT JERIT

Image
Setiap bulan akan muncul entri ni. Entri apa?? Entri ni la... Entri yang membuktikan bahawasanya saya seorang MAK gitu. Kalau ada blogger yang baru berkenalan dengan blog melekit ni tak payah nak teka teki lagi status penulis blog melekit ni. Kalau dah jadi MAK maka auto memang bini kepada seseorang. Semalam (20/03/2012) genap usia shahila @ cik lala 7 bulan. Keletah dia pun dah semakin macam - macam. Tapi perubahan ketara lala sekarang adalah kuat menjerit. Tak boleh tinggalkan dia sendirian lama sikit mula dia menjerit. Menjerit bukan menangis tau. Kadang2 kalau dia suka pun dia menjerit. Dah semakin laju sikit dari dulu tolak walker dengan kaki dia. Tapi lala belum boleh merangkak cuma meniarap sambil berguling2 bila dia nak bergerak. Hari2 dia akan tunggu dady dia balik untuk tidurkan dia sambil dengar lagu Old Mc Donald. Lala masih tak banyak makan makanan pepejal. 90% masih susu. Tapi sang lekit tak putus asa untuk ajar dia makan. Makanan dia bubur nasi + kentang + carot + ay...

SEKUNO MEREKA BERDOZEN ANAK, SEMODEN KAMU BERAPA YANG MAMPU?

Image
Pengalaman mengandung & melahirkan shahila memang satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidup sang lekit. Dari awal kewujudan shahila dalam perut mummy nya sehinggalah saat dia di lahirkan, Alhamdulillah di permudahkan. Tak mengundang sebarang trauma @ fobia sampai serik & berkata TIDAK pada mengandung & beranak. Cuma takde plan jer lagi untuk yang kedua. Bila tengok kawan2 yang baru melahirkan anak bercerita pengalaman dorang mengandung seterusnya pengalaman di bilik bersalin sang lekit sangat2 bersyukur kerana tidak di uji sangat saat melahirkan shahila. Perjalanan melahirkan shahila sangat2 mudah. Sakit cuma lebih kurang 1 jam.. melahirkan shahila lebih kurang 1/2 jam & proses kelahiran & rawatan yang di beri semasa dalam bilik bersalin juga takde la menyakitkan sangat. Dah kena bius memang la tak sakit.. kan?? Tapi ada orang kena bius pun still menyakitkan. Bergantung pada nasib.. mungkin nasib sang lekit agak baik. Orang kata sebelum bersalin @ masa men...

CAMCA CUCUK

Image
Camca cucuk?? Macam mana rupa camca tu? Camca tu apa? Mungkin ada orang yang tak tahu apa tu camca sekaligus tak terbayang macam mana rupa camca cucuk kan?? Lama rasanya tak sebut @ guna perkataan camca cucuk ni. Zaman budak2 hingus tak kering dulu memang itulah nama yang di sebut. Ni kes adik sang lekit hari minggu haritu datang dari kedah lepak2 rumah sang lekit sementara Isnin tu dia ada interview kat cheras. Tengah kitorang makan2 tu dia ambil garfu sambil mengungkit 1 perkataan yang dah lama orang tak guna walau kat kedah pun sekarang dah tak ramai panggil garfu dengan camca cucuk. Sekaligus buat sang lekit terperasan jugak benda tu. Ah.. ha la dulu kecik2 kita panggil garfu camca cucuk. Kenapa camca cucuk?? Entah la sebab dia ada jari2 tajam kat hujung kot & di gunakan untuk mencucuk makanan. Sudu pula di panggil camca. Sampai hari ni penggunaan camca tu masih di sebut camca cuma camca cucuk je tak banyak dah orang sebut. camca cucuk @ garfu (carian google) Banyak p...

SAYANG VS SUKA YANG MANA PILIHAN JIWA?

Image
Kat FB sekarang ramai yang mula share benda ni.. Benda apa?? Alah benda tu la... "jangan meninggalkan orang yang menyanyangi kamu untuk bersama orang yang kamu suka kerana tidak mustahil orang yang kamu suka itu pula akan meninggalkan kamu untuk pergi kepada orang yang dia suka." lebih kurang macam tu la ayatnya. Salah sikit tu kira halal lah yer.. Sang lekit macam kurang sokong kata2 macam ni sebabnya soal Jodoh pertemuan @ perpisahan ni bukan kita yang tentukan. Kita takkan tahu siapa jodoh kita sehingga sah lafaz akad.. Kita takkan tahu sampai mana jodoh kita selagi takde istilah/ucapan cerai tak kira bercerai hidup mahupun mati. Semua ni kita takkan tahu sampai ianya berlaku. Setuju @ tak dengan kenyataan melekit takde sapa boleh menyangkal sebab itulah hakikat yang tak boleh kita ubah. Kalau dah jodoh kita dengan orang yang kita suka bukan orang yang sayang kita takkan sebab tu kita seolah diugut dengan kenyataan tak mustahil dia akan tinggalkan kita untuk pergi pad...

TELUR YANG BERTELUR

Image
Baru je menjengah blog Nyah Zulfikar yang dok cerita makan sardin rasa telur tup.. tup sang lekit pun terasa nak buat entri pasal telur. Tertarik dengan kisah telur yang bertelur selepas membaca kisah sardin rasa telur zulfikar maka dengan ini blog melekit ingin bercerita pasal telur. Bukan la entri ni terilham lepas baca blog Nyah Zulfikar pun.. kebetulan je lepas baca entri dia sang lekit mengalihkan pembacaan ke akhbar pun terjumpa kisah telur yang bertelur. Agaknya macam mana rupa telur yang bertelur tu yer..?? Rupanya macam ni.. "Telur itu mempunyai telur putih dan merah serta ditambah dengan sebiji lagi telur di dalamnya" BUKIT RAYA - Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.telur gred E di beli disebuah kedai runcit di situ. Untuk berita penuh sila clik DISINI Semua ni keten...