Posts

DIA BUAT AKSI SUPERMAN PULAK

Image
Sejak masuk 10 bulan ni lasak si lala semakin menjadi - jadi. Adakah sebab berkaitan nama dia shahila? Sang Lekit ada terbaca 1 blog siang tadi berkenaan nama yang tidak serasi dengan sesetengah bayi menyebabkan bayi tu akan senang jatuh sakit, suka menangis @ lasak/buas/nakal. Itu cuma anggapan orang2 tua. Tapi dalam kes lala ni sang lekit rasa memang kot bayi yang membesar akan melalui semua tu. Itu tandanya dia sihat. Tapi memang aksi - aksi shahila sekarang sangat2 merisaukan walau sang lekit happy bila tengok dia membesar dengan perkembangan macam tu. Lala memang susah nak sakit.. Senang jaga walau lasak. Cuma sang lekit tak berani nak biar dia main sorang2 sekarang ni. Dia sangat aktif memanjat. Yelah.. budak baru pandai memanjat ni kadang2 dia tak pandai lagi nak imbang badan. Nama pun baru belajar. Tapi hari ni aksi lala memang buat sang lekit berderau jugak darah. Rasa darah turun sampai hujung kaki. Hari ni lala berjaya membuat aksi superman. Macam mana dia buat. Lala b...

AKIBAT BACA KISAH QHALIF DI BLOG BEN ASHAARI

Image
Bila dah jadi mak orang ni memang auto jadi suka baca kisah baby2 orang lain. Selain nak compare dengan anak sendiri.. bukan compare sebab nak tengok baby sapa comel ke hapa ke.. compare tu lebih kepada perkembangan bayi.Yelah.. nak pastikan lala jugak membesar & berkembang dengan normal. Lagi satu kalau blog ibu2 ni.. ada share macam2 pasal bayi. Macam resepi bubur baby.. Benda2 tu yang buat sang lekit suka baca blog2 ibu2. Blog Ben Ashaari pula.. sekarang ni banyak cerita pasal anak dia Qhalif. Yang menarik adalah Ben Ashaari sendiri yang jaga anak dia sepanjang wife dia keluar bekerja. Kan Ben Ashaari ni kerja dari rumah. Bukan semua suami mampu buat tau.. even my asben pun kalau suruh dia jaga lala & sang lekit pergi kerja tak tau dia boleh buat ke tidak. Itu yang menarik bila super Dady jadi nanny kepada anaknya sendiri. Mr Ben & Qhalif Akibat asyik dok baca pasal Dak Qhalif tu semalam sang lekit mimpi jumpa Abang Ben & Qhalif. Seketul2 muka tu nampak sama ...

SIKIT2 KENA SIHIR.. SIKIT2 BOMOH

Image
Tak dinafikan doktor tak mampu untuk mengubati penyakit yang berkaitan sihir.. Sepakar mana pun seorang doktor memang dia takde kaedah pembedahan untuk membuang sihir dari badan seorang manusia. Jadi penyakit sihir ni memang kena rawat dengan rawatan alternatif jugak kan. Tapi sebagai seorang Islam.. memilih kaedah alternatif ni tak boleh la main belasah je pergi kat bomoh2 yang kita sendiri rasa pelik dengan cara rawatan jampi serapah dengan ayam hitam, kambing hitam bagai ni kan.. Sekarang ni dah tak susah, banyak pusat rawatan Islam di serata negeri. Kalau kita terkena penyakit akibat perbuatan syaitan/jin/Iblis ni adalah lebih baik kita memilih pusat rawatan Islam untuk merawat dari kita dok Jumpa tok pawang, kan?? Carian Google Tapi bila ada manusia yang terlalu percaya pada benda sihir ni.. Terlalu taksub berubat dengan bomoh sana sini.. walhal sakit dia sakit biasa. Boleh telan panadol sebijik tidur sejam.. lepas tu dah ok tetap dia percaya benda2 sihir ni. Sakit sikit k...

DAPAT.. Parenting bloggers for Milk Campaign

Image
Sang Lekit dapat satu email ni.. katanya recommended by Ben Ashaari. wah.. blogger pemes recommend blog melekit untuk Parenting bloggers for Milk Campaign. Emailnya bertulis macam ni... Terkejut jugak. Rupanya haritu Ben Ashaari taip status cari blogger yang ada anak ni untuk tujuan tu la kot. Apapun terima kasih kepada Ben Ashaari yang sudi mencadangkan Blog melekit ni kepada pihak Advertiser. Yelah.. ada jugak yang pandang blog tak seberapa gah ni. Jangan komen tanya berapa dorang bayar.. macam mana dorang bayar.. sebabnya.. Jadi segalanya masih di peringkat perbincangan. Andaikata ada rezeki.. ada la kan. Takde pun anggaplah Allah nak bagi rezeki dari sudut lain. Duit dari blog ni sang lekit anggap rezeki bukan misi. Misi berblog adalah menulis apa saja rasa di hati (Marah Nyah Zulfikar pinjam tema blog dia). Kalau Misi berblog untuk duit takut blog pun jadi takde isi. Tak juga sang lekit kata blog ni blog ilmiah sangat.. sekurang kurang takde la nak copy paste hot2 story...

CENDOL DI BAKAR

Image
Semalam hari minggu aktiviti merayap di jalankan. Yang di angkut minggu ni tetap la sama.. Dady sebagai pemandu & penumpang2nya lala, mummy, Ateh An & Acu. Lokasi pilihan adalah Bukit Melawati. Yelah.. nak bawak lala kenali alam semesta kan?? Nampaknya lala excited jugak la dapat kesana untuk kali pertama. Banyak perkara & Tempat lala kunjungi adalah kali pertama kecuali Klinik & hospital jer. Cendol Bakar (Carian Google) Dalam perjalanan tu.. di tepi jalan tak pasti area kampung mana ternampak satu banner besar tulis Cendol bakar. Apa yang buat kami semua teruja adalah tulisan Bakar tu di buat effect macam api. Masing - masing Imagine cendol tu di bakar. Ada yang imagine cendol tu bakar atas arang la.. dalam microwafe la.. Kiranya Imagine yang bakar2 je la. Sang Lekit tak imagine macam mana cendol tu di bakar cuma teruja bila tengok gerai cendol bakar tu. Sang Lekit cuma nak tengok macam mana cendol tu kena bakar & macam mana rasanya. Maka kena la U-Turn. Sem...

JATUH TALAK WALAU LAFAZ SUKA2 & SEORANG DIRI TANPA SAKSI

Image
Perkara yang melibatkan lafaz cerai ni sangat serius walau di lakukan dengan niat bergurau... suka2.. atau saja2 nak test sebut. Bukan takde manusia @ suami yang macam ni. Walaupun bukan dengan niat tapi jangan la suka sangat bermain dengan perkataan cerai. Sang lekit sempat jenguk ruangan Soal Jawab Agama kat Harian Metro Online . Ada la sipolan tu bertanya tentang lafaz cerai. ADAKAH jatuh talak terhadap isteri jika saya melafazkan cerai secara jelas, tetapi ketika itu saya berseorangan (tiada saksi) dan dibuat hanya untuk suka-suka? Lebih kurang dia macam saja2 je nak test sebut lafaz cerai tu tanpa ada niat pun nak menceraikan bini dia. Dia lafazkan cerai pun sorang diri maybe dalam bilik masa bini @ saksi tak ada. Talak jatuh dengan sebab kata-kata berkenaan walaupun ia hanya main-main dan berseorangan tanpa saksi. hubungan seksual suami isteri menjadi haram. Sebab itu, talak tidak boleh dipandang remeh. Jadi para suami janganlah suka bermain dengan Talak. Walaupun nak t...

RAHSIA DI SEBALIK GAMBAR SEPULUH BULAN

Image
Setiap bulan kalau muncul angka 20 pada kalendar pasti akan muncul entri ni. Yelah.. setiap bulan itulah hitungan yang di buat. Setiap kali bertambah angka.. Buat hati sentiasa ceria. Melihat dia membesar depan mata.. kadang - kadang rasa macam tak percaya. 10 bulan dah dah bersama dia.. Tak sangka berjaya jugak setakat ni sang lekit membesarkan dia dengan kudrat sendiri. Walaupun takde pengalaman.. tapi dia menjadi guru untuk sang lekit belajar bagaimana menguruskan bayi dari sejak lahir sehingga kini. Hari ni Shahila @ Lala dah genap 10 bulan. Apa dia dah buat? Dia tak merangkak sampai sekarang.. Tapi dia boleh buat gaya macam baby nak merangkak cuma bila dia nak bergerak dia akan berada dalam posisi meniarap & meluncur laju. Dia boleh duduk kalau kita bantu dia letak dalam posisi duduk cuma dia nak buat sendiri macam malas. Tapi dari rentak dia.. sebenarnya & rasanya dia dah boleh duduk sendiri.. sebab masa dia tengok TV.. dah nampak gaya macam duduk. Musim panas gini...