Posts

DUA MALAM TANPA GANGGUAN MISTIK

Image
Alhamdulillah.. 2 malam dah shahila tidur tanpa sebarang gangguan tengah malam. Takde lagi demam tengah malam atau meracau & menangis tiba2 tengah malam. Tenang sikit hati mak ni nak.. Pun camtu takde la 100% tenang setenang tenangnya... Masih memantau. Carian google Tapi sejak sejak dia terkena gangguan mistik ni perangai dia semakin berubah even dah nampak macam sembuh. Suka meragam & merengek. Kalau tak dapat apa dia nak mula protes. Dulu tak macam ni sangat tapi sekarang memang nampak berubah la perangai dia. Tak tau la maybe dia belum recover sepenuhnya lagi. Tunggu check up dengan Alhidayah hujung bulan ni. Sebelum tu kami lakukan la apa yang sepatutnya untuk halang gangguan tu. Cuma dia takde selasak dulu even aktif bermain. Dalam mall takde la macam lipas kudung sangat. Extra energy tu macam dah kurang. Sekarang ni kalau dia rasa nak susu pun dia meragam. Dulu takde la sangat macam ni. Yang pasti dia nak banyak attention dari mak bapak dia lebih2 mami la. Dia ...

AKU TAK TAKUT PADA JIN KERANA AKU SEORANG IBU

Image
Itulah naluri seorang ibu. Akan jadi kuat & berani dengan apa saja bila berkaitan dengan anak. Kalau korang ikuti blog ni ada 2 entri yang aku cerita pasal kesihatan anak aku sejak dua menjak ni. (Boleh rujuk entri ni BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH & RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN ) Semalam.. sehari selepas dapatkan rawatan di Al Qayyum.. lala dah tunjuk perubahan yang baik bila dia dah tak demam & dah ada selera untuk minum susu macam biasa. Siang semalam dia aktif & takde tunjuk apa2 perangai tak sihat atau pelik. Sampai malam dia tidur dalam pukul 11 & terjaga menangis menjerit2 dalam pukul 2 pagi. Waktu tu sungguh aku & asben memang panik. Tapi dalam hati aku sentiasa mencabar apa saja yang menganggu anak aku waktu ni untuk muncul depan aku. Macam pengamal perubatan Islam cakap anak aku terkena gangguan jin, aku memang cabar berapa banyak jin yang ada dalam rumah aku sekarang untuk muncul berdepan dengan aku. Sungguh perasaan takut ...

RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN

Image
Mungkin ini dugaan untuk aku tahun 2014. Selama membesarkan lala yang dah nak masuk tiga tahun ni.. masa lahir 4 bulan pertama shahila memang menduga kesabaran kami suami suami isteri bila dia asyik nangis dari tengah malam sampai dekat subuh. Dan lepas 4 bulan.. semakin senang nak handle budak tu & makin besar makin susah pulak dia nak menangis apatah lagi meragam cuma lasak je. Shahila budak susah nak kena demam atau sakit.. kalau demam pun tak sampai 24 jam.. tapi tahun ni memang menduga. Aku dah cerita entri sebelum ni pasal gangguan dari makhluk ghaib kat anak aku tu (boleh rujuk entri ni >> Shahila kena gangguan << ). Lepas sehari bawak ke pusat rawatan Al hidayah tetap lala tak tunjuk apa2 perubahan. siang dia tak demam cuma langsung tak nak minum susu sampai kena pujuk. Tu pun sekali minum cuma 1 oz bukan setiap jam.. 1 hari tak sampai 2 botol susu pun normally dia minum susu sejam atau sejam setengah sekali 5oz.. Memang ketara sangat perubahan lala sejak sak...

BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH

Image
Tajuk entri bukan tajuk gimik semata mata yer.. Ini adalah pengalaman yang terjadi pada kami 3 beranak yang mungkin boleh di jadikan pengajaran pada semua yang sudi baca entri ni. Perkara ni masih baru lagi berlaku.. jadi ni bukan kisah dahulu kala. Kalau minat nak tau kisahnya.. rajin rajin la baca entri ni sampai abis bukan baca tajuk kemudian buat cerita dari imaginasi sendiri. Alkisahnya 1 mei aritu kan cuti hari buruh. Nak pergi holiday bagai awal tahun ni rasa 2 dua tempat jauh kami berjalan. Bulan Januari dah berjimbaraya kat Sabah.. lepas sabah tu dalam bulan 3 dah bersantai di hatyai jadi 1 mei takde makna nak nak bermalam kat mana2 tempat percutian. Bila dah cuti si asben tu konon rasa nak amik angin sejuk kat Fraser Hill.. alih2.. sampai sana tak sejuk pun. Kalau sebelum ni pergi lala kena pakai sweater jugak untuk langkah keselamatan supaya tak kena selesam tapi 1 mei aritu rasanya kalau bagi pakai singlet pun budak tu takde hal. Memang cuaca biasa je suhunya. Duduk2 keja...

SUKA BERSEDEKAH TAPI MALAS BAYAR HUTANG & ADA HATI NAK KE MEKAH

Image
Siapa yang taknak jejak kaki ke tanah suci Mekah.. Sebagai seorang Islam aku pun mengimpinkan nak kesan juga. Tengok orang pergi.. Timbul rasa jeles dalam hati Uolls.. Rasa macam nak menangis berlagu nasyid. Tapi bukan lagi rezeki aku kesana.. Mungkin satu hari nanti Insya Allah. Bercakap pasal orang yang beriya nak kerjakan Umrah walau umrah tu cuma sunat di lakukan bagi mereka yang berkemampuan. Yang berkemampuan takde hutang piutang tu tak pe la. Pergi la sebulan sekali pun takde sapa nak halang tapi yang mampu tapi ada hutang cuma taknak atau malas nak bayar macam mana pulak. Boleh ke dorang ni pergi Umrah. Alah.. umrah je kot.. bukan buat haji. Nanti2 boleh bayar hutang tu. Nanti tu bila nak bayar. Tengok rajin je bersedekah kat sinun & sinin. Konon nak buka pintu rezeki agar rezeki secupak jadi segantang. Rezeki bukan segantang dah.. kalau mampu bersedekah dalam amount besar rasanya rezeki tu dah bergantang2.. dah mampu nak bayar hutang tapi hutang masih tetap hutang. Dah...

PEREMPUAN SERTAI DEMONTRASI JALANAN DISAMAKAN SEPERTI PELACUR MENUNGGU PELANGGAN

Image
Lancang kuning sungguh kan si pembuat kenyataan macam tu. Tak beragak langsung nak keluarkan statement. Perempuan yang sertai demo jalanan & perempuan yang bergelar pelacur tu rasanya jauh sangat bezanya. Masing masing ada cara & imej tersendiri.. jadi sangat kurang sopan jika ada manusia berhati politik melabelkan kaum perempuan yang sertai perhimpunan macam tu seperti pelacur. Takde benda lain ke kau nak samakan selain pelacur. Pelacur je ke yang berjual beli tepi jalan?? Yang pasti niat kau memang nak menghina bukan menyedarkan mereka Siapa yang cakap macam tu aku taknak la dedahkan, sapa yang tahu maka dia tahu la. Yang tak tahu tu takpe la tak penting untuk korang tahu siapa yang penting korang kena tahu adalah Jangan jadi manusia taksub macam sipolan tu. Mungkin mak, adik perempuan,kakak atau sedara perempuan dia takde terlibat dalam perhimpunan macam tu.. Tapi kena ingat tak mustahil perempuan2 yang kau umpamakan seperti pelacur menunggu pelanggan tu boleh jadi j...

AKU BUKAN AHLI UMNO,PAS ATAU PKR AKU CUMA SEORANG IBU

Image
Semalam aku ada buat entri pasal ada peserta perhimpunan membantah cukai GST membawa bersama bayi dalam perhimpunan tu. Walau ia perhimpunan Aman.. Alhamdulillah setakat ni aku tak dengar lagi berlaku apa2 perkara buruk dalam perhimpunan semalam tapi sebagai seorang ibu yang mengambil iktibar dariperhimpunan2 yang pernah di buat sebelum ni aku memang la sedikit rasa risau, marah & macam tak puas hati pulak tengok tindakkan segelintir mak bapak yang bawak anak kecil dorang ke tempat tempat macam tu walau bukan bawak anak aku tapi bawak anak dorang sendiri. Ada yang kata... bawak anak pergi tengok konsert, pergi jom heboh, pergi tempat hiburan yang sesak dengan orang boleh tapi bawak pergi tempat perhimpunan macam tu nak tegah sangat konon bahaya. Ni jawapan dari aku lah yer.. Pun tak berapa cerdik kalau ada mak bapak bawak anak2 kecil kat tempat2 macam konsert bagai tu. Tapi semalam tu aku cakap pasal perhimpunan membantah GST jadi aku tak list la semua tempat2 yang tak relevan n...