Posts

BACA NI SEBELUM PERCAYA KES CICAK DALAM BOTOL KICAP ABC

Image
Aku bukanlah nak kata yang menyebarkan gambar cicak dalam botol kicap sause manis ni seorang pemfitnah ok. Tapi dari pengalaman aku yang lepas pernah up entri pasal cicak dalam kicap satu jenama ni & mendapat maklum balas dari pihak pengurusan syarikat tu sendiri, menjelaskan & menunjukkan bukti kajian mereka untuk menafikan cicak yang ada dalam botol kicap produk keluaran mereka tu bukan datang dari kilang pemprosesan mereka mungkin dari kesilapan pengguna tu sendiri lepas guna lupa tutup botol kicap. Bila aku tengok makin ramai pulak dok percaya & share gambar cicak dalam dalam botol kicap sause manis ABC ni aku teringat kes yang dulu. Sebab aku ada bahan untuk berkongsi dengan semua jadi aku pun Up entri ni supaya kita sama2 dapat ilmu & tidak cepat percaya dengan khabar yang belum sahih. Tengok betul2 sifat bangkai cicak tu masih sempurna tanpa sebarang pereputan berlaku walau terendam dalam kicap berhari2 lamanya. Hasil kajian mereka mendapat cicak akan m...

DILEMA ORANG DEWASA YANG BERSAIZ KAKI AWET MUDA

Image
Umur dah meniti kebangkaan.. tapi size kaki maintance awet muda selalu. Dari kecik sampai kecik size kaki tak membesar. So, How?? Satu adegan airmata tiap kali nak membeli belah kasut bagi golongan bersaiz kaki agak luar biasa dari orang lain. Jenuh bertawaf dalam Mall.. Jenuh mentry macam2 kasut sampai salesgirl pun malas layan.. semua tak ngam. Tapi hakikat tak mungkin dapat di ubah.. sebab size kaki takde ubat boleh selesaikan. Masalah nak beli kasut bagi aku bukan masalah baru malah sejak aku kecik lagi. Aku still ingat masa nak masuk darjah satu..  Takde size nak beli kasut sekolah Uolls.. terpaksa aku pakai kasut raya warna putih yang ala2 doll pakai tu pergi sekolah. Setahun jugak la.. masuk darjah dua baru pakai kasut sekolah tu pun letak kertas depan kasut. Tetap kasut besar gitu. kasut sekolah aku masa darjah 1 design dia lebih kurang macam ni jugak tapi ni size baby.. besar sikit la.  Dah makin membesar masuk alam remaja pun sama.. Kasut masih jadi masalah...

BILA ADA MANUSIA LAGI BODOH DARI ANJING

Image
Serius.. aku memang tak boleh terima atau tengok manusia mengejami haiwan tak kira haiwan yang haram di sentuh umat Islam dalam keadaan tertentu macam anjing ataupun babi sekalipun. Mungkin sebab aku membesar dengan berkongsi hidup dengan haiwan even aku takde la bela babi @ anjing dalam rumah.. aku bela kucing yang ramai jer. Boleh tidur satu tilam.. satu selimut bagai. Hari ni terbaca satu isu kat Beautifulnara pasal petisyen yang di buat lebih dari 100,000 pencinta haiwan yang nak hamba Allah yang memanah anjing buta tanpa sebab musabab tu di ambil tindakkan. Macam biasa la kita boleh jumpa macam2 komen bijak jugak tak kurang komen terbodoh untuk cuba membetulkan apa yang salah. Standard la kalau dia dah tak suka haiwan tu... baik macam mana pun takkan mampu buat dia rasa sayang apatah lagi bersimpati. Biasa la jenis manusia yang rasa Bumi Allah ni macam milik dia yang bernama manusia jer. Komen terbodoh aku baca hari ni adalah komen dari sorang mamat ni tentang isu tu. Apa k...

BINTANG PALING POPULAR VS BINATANG PALING POPULAR

Image
Semalam berlansungnya anugerah penuh gilang gemilang ABPBH yang nampaknya banyak makhluk ghaib yang datang dari manusia. Yelah.. banyak nampak kerusi kosong ye. Aku tengok la kejab.. lepas tu macam boring jer... aku dah tak continue. Aku bukan kesah sangat retis mana menang atau retis mana kalah. Sebab aku tengok masa starting jer.. lepas tu aku mula tak tengok, aku pun terlepas tengok anugerah Bintang paling popular tapi buka FB jer jangan risau.. semua info ada. Yeahhh... abang Aaron aziz menang lagi. Tahniah la...  nak kutuk pun takde sebab. Yelah.. dia pun memang popular ye dak?? Bintang paling popular Aaron Aziz Pun begitu walau Aaron Aziz di angkat sebagai Bintang paling popular tetap tak boleh lawan binatang paling popular sepanjang zaman iatu babi @ khinzir.hahahahaha... erkk.. ni bukan sindiran ke hapa memang kenyataan. Kalau kat negara2 bukan Islam memang babi takde la jadi binatang paling popular tapi kalau kat negara2 Islam macam Malaysia isu babi ko jangan na...

KKM SAHKAN COKLAT CADBURY ADA DNA BABI

Image
Ni penting untuk kita semua tahu terutama yang beragama Islam. Selama ni kita main telan jer & yakin sangat dengan logo halal yang ada pada pembalut makanan yang kita beli tanpa sedar kita dah termakan babi bertahun lamanya. Sumber Google Terbaca kat harian metro online tentang pengesahan DNA babi yang terdapat dalam 2 jenis coklat cadbury.. Sumberi Harian Metro Kalau aku la.. bila berlaku kes2 camni, nama je cadbury memang aku tak makan dah la tak kira la yang kononnya halal atau tak. Produk yang ada kontroversi status halal pun aku takkan makan apatah lagi yang macam cadbury ni. Nak2 lagi yang halal & tak halal dari satu kilang yang sama tak mustahil peralatan & perkakasan yang di gunakan juga sama. Beza coklat yang tak halal tu cuma tambah kacang hazel & buah badam jer.. yang coklat dia tetap sama. Korang rasa yakin lagi ke nak makan? Yang menjual produk berasaskan coklat tu yakin lagi ke nak jual kat pengguna beragama Islam? Tak rasa bersalah ke? tapi...

KALAU MISKIN JANGAN BERANGAN NAK MASUK ZOO NEGARA APATAH LAGI TENGOK PANDA

Image
Aku tak komen apa2 tentang kedatang makhluk comel si panda ke Malaysia. Yelah.. aku tak pandai pulak nak cakap pasal ekonomi & kepentingan negara dengan meminjam panda tu dari china, so tak perlu aku cakap apa yang aku tak tahu. Kang nampak bodoh pulak kan?? Tapi marilah kita bercakap apa yang kita tahu tentang panda ni. Semua orang tahu Panda di tempatkan di Zoo negara. Zoo negara ok bukan zoo taiping, so kalau dah nama zoo negara parking pun kena bayar apatah lagi nak masuk zoo tu. Semalam aku baru tahu bahawasanya tiket nak masuk zoo negara dah naik RM30. Last aku pergi zoo ni sebelum ada anak kot masa tu baru RM15 (dewasa). Sekarang ni RM15 harga tiket untuk kanak kanak jer. Telan air liur jugak la kot.. RM30 per person tu... Mak Aii.. Mana ada orang melawat zoo sorang diri ye dak?? Paling2 dengan couple tak pun dengan family. Tu baru tiket nak masuk zoo, okay! Tak makan minum bagai lagi. Nak2 zaman harga barang semua high blood punya... Apsal ko comel sangat,ha?? Sumber...

AKHIRNYA SAIFUL NANG AKUI KEBENARAN KATA2 SULTAN MELAKA

Image
Tak pepasal pulak saiful nang & sultan melaka jadi retis dalam blog melekit ni. kekekekeke... Yolah den kan peminat sultan melaka tapi akibat dari isu semalam yang den tulis dalam blog (boleh rujuk entri ni Sultan Melaka Vs Saiful Nang ) maka den try intai2 saiful nang ni even nama dah biasa dengar cuma orang nya je tak berapa kenal. Sebab semalam pasal isu salah faham depa dua ni, rasa tak adil pulak kalau tak buat entri jawapan balas saiful Nang ni, kan? Nampak berat sebelah pulak nanti. Hari ni intai lagi page saiful nang terjumpa dengan status ni. Dari apa yang den baca status saiful nang ni bukanlah berbentuk permohonan maaf pada sultan melaka tapi lebih kepada mengakui kata- kata & teguran dari Sultan Melaka ni ada benarnya. At Least dia tak tolak kebenaran even dia punya follower lagi gempak berbanding sultan melaka, kan?? Yelah.. orang yang hebat bukan sentiasa rasa diri hebat tapi sentiasa lihat kesilapan diri. Tak kira la berapa besar pengaruh yang mereka ada....