Posts

3 GADIS PAILANG AKHIRNYA DI HANTAR KE SEKOLAH PEMULIHAN

Image
Mesti ramai yang still ingat kes video 3 budak perempuan berpakaian sekolah yang gelar diri dorang konon Pailang sebelum membelasah seorang remaja perempuan kemudian di record perilaku tu & dengan bijak bistari jayanya pi upload then menjadi viral sehingga menyebabkan video tu menjadi kes polis & akhirnya mereka di tahan & di dakwa. Tadi terbaca artikel dari berita harian katanya bebudak 3 orang tu akan di hantar ke sekolah Tunas Bakti.. kalau yang tak tau sekolah tunas bakti tu apa.. kira macam sekolah pemulihan bagi pelajar yang bermasalah la macam pusat pemulihan akhlak. Alahai kesiannya... di bulan ramadan & tak berapa minggu lagi nak raya kena hantar jauh dari family. Sumber Berita Harian Nak buat camna dik... Setiap perbuatan tu ada balasan. Tak kat dunia, akhirat nanti. Apapun moga jadi pengajaran pada remaja2 lain. Tak payah nak pailang sangat & sebar satu dunia konon samseng alih2 samseng tak kemana, padah yang dapat. 3 lawan 1 tak pailang mana p...

BEZA LETUPAN DI MALAYSIA DAN PALESTINE (#PrayForGaza)

Image
Tersentuh hati aku bila terbaca satu caption yang simple tapi sangat2 mendalam.. Di Palestine mereka bersahur di dunia tapi berbuka di syurga. Betapa mengambarkan apa yang berlaku di sana. Nyawa seolah jaraknya dari sahur hingga berbuka. Kalau disana mereka tak berani lelapkan mata sebab takut bahaya datang tiba2.. Tapi kita kat sini bersengkang mata layan piala dunia. Kalau di sana.. kedengaran riuh suara tangisan meratap kematian.. kita kat sini riuh suara jerita Gol di pagi buta layan bola. Even kat Malaysia sekarang dah makin kedengaran bunyi letupan macam kat Palestine beza cuma letupan kat Malaysia konon nak bagi meriah.. Tapi di Palestine letupan yang dahagakan darah insan2 tak berdosa demi tamakkan kuasa. Kalau kat Malaysia kita dah mula boleh dengar & baca ada yang putus jari, hancur tangan bagai sebab letupan mercun tapi di Palestine sekarang kita boleh lihat di laman sosial ramai nyawa yang terkorban akibat dari letupan bom & bedilan peluru tak berperikemanus...

TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG HILANG ANGGOTA BADAN KERANA MERCUN

Image
Ucapan aku pada mereka2 yang menjadi mangsa mercun.. Tahniah! Kalau ada saki baki jari yang masih tak terputus/hancur/cedera tahun depan boleh la letupkan jari dengan mercun yer... Kalau dah abis semua jari kaki & tangan... Harap insaf la yer... Tahniah yer dik. Baru putus 3 jari.. banyak lagi jari simpan tahun depan pulak yer Kejam kan ucapan aku?? memang kejam. Aku memang manusia yang takde rasa simpati pada mereka yang tercedera parah sebab main mercun. Aku memang benci pemain mercun. Ni semua sebab jiran sebelah rumah aku kat kampung. Dah berpuluh tahun... & setiap tahun akan berlaku benda yang sama & aku rasa tahun ni jugak tetap sama. Depa akan tembak mercun menghala kerumah aku. Meletup atas bumbung.. kena cermin.. meletup kat tempat kakak & adik aku parking kereta. Dari malam sampai tengah malam kadang2 berlanjutan sampai 2 3 pagi. Nak2 lagi dekat raya & malam raya. Tengok TV pun dah tak dengar butir bicara TV.. mengalahkan duduk kat negara berperang...

PENTING UNTUK IBUBAPA TAHU TENTANG LITTLE SCIENTISTS

Image
Pernah dengar tentang Little Scientists? Mungkin ada antara kita yang dah tahu tentang little scientists ni & mungkin ada yang belum tahu. Bagi yang belum terutama ibu bapa, apakata jom kita ambil tahu untuk pendidikan awal anak anak kecik kita. Little scientists ni adalah satu program pembelajaran kanak kanak seawal 3 tahun hingga 7 tahun yang memperkenalkan kepada kanak kanak tentang dunia sains. Kanak kanak di ajar menggunakan imaginasi dengan eksperimen yang di tunjukkan contoh seperti belajar mencampurkan warna seperti kuning dan biru maka terhasilah warna hijau. Pembelajaran begini dapat menarik kanak2. Yelah.. budak2 kan.. apa yang nampak macam magic tu la yang paling senang untuk buat mereka tertarik sebab tu cerita2 dogeng mudah memancing kanak kanak untuk menonton. Jadi elok la kita tukarkan cerita dogeng dengan sains supaya apa yang mereka belajar itu lebih berilmiah. Mampu meransang perkembangan otak mereka sejak dari kecil. Bukan tu je program ni mampu mera...

UNFRIEND BUKAN PUTUS SILATURRAHIM

Image
Sebelum aku membebel panjang di bulan ramadhan yang mulia ni nak jugak aku cakap awal awal bahawa apa yang bakal aku tulis bukan untuk tuju kat sapa sapa. Apa yang bakal aku tulis nanti tu terdetik & terilham dari kepala otak aku dari situasi yang berlaku tak bermakna aku nak tuju kat mana2 individu jadi kalau ada yang terasa nanti anggaplah kebetulan. Yang mana baik ambil sebagai teladan yang buruk tu jemput la tegur kat komen nanti. Sumber carian google Bila kita suka dengan orang tu kita add dia sebagai friend tapi bila berlaku sesuatu yang tak di ingini kita akan pilih untuk menjauh dari dia.. samada unfollow atau unfriend.Kalau aku la kan... Tahun2 yang sebelum ni aku susah sangat nak unfriend orang tapi 2014 pecah record la aku unfriend orang. Ada yang anggap unfriend tu umpama putuskan silaturrahim.. Tapi aku bukan sebab nak putuskan sillaturrahim. Bila jadi sesuatu perkara macam salah faham @ perbalahan ni.. kalau aku tengok berpanjangan sangat memang aku unfriend b...

BIAR NAMPAK JAHIL JANGAN ALIM TAK TENTU PASAL

Image
Aku akui aku manusia yang ilmu tak banyak.. Aku bukan seorang yang bijak pandai. Even dah bangka aku masih merangkak rangkak mencari ilmu. Kemudahan yang ada aku guna jugak untuk belajar & memperbaiki diri. Takde la aku online sekadar nak stalker status orang kemudian pertikai itu ini. Kadang2 aku cuma bertanya bukan mempertikaikan.. Tapi orang suka salah faham bila pertanyaan aku tu depa takdak jawapan. Sumber google Zaman la ni.. Zaman fitnah semudah 1 clik jer boleh tersebar satu dunia. Bukan setakat cerita artis.. terjemahan hadis & al quran pun ada palsu. Beriya la kita sebar sebab selama ni kita tak pernah tahu pun ada terjemahan hadis atau ayat Al Quran kita pun ghairah la tanpa ada rujukan dari sumber yang sahih. Bila orang persoalkan.. jawapan cuma Wallahu a’lam. Yang penting niat katanya... Kalau dah hadis tu palsu niat tak boleh nak membetulkan apa yang salah. Yang lebih sadis lagi bila orang tanya.. macam tak puas hati jer bila dia takde jawapan. Mula la ...

ROH ORANG MATI MENJELMA SEBAGAI HANTU & PONTIANAK

Image
Dalam filem hantu/seram cukup banyak babak2 macam ni. Orang mati dengan cara ngeri trajidis & teraniaya jadi pontianak/hantu kembali ke dunia membalas dendam sampai aku masa kecik2 dulu pun percaya orang mati boleh jadi hantu. Sampai sekarang pun filem2 seram/hantu melayu masih mengekalkan jalan cerita macam tu. Susah sangat nak jumpa filem hantu/seram yang tak memesongkan kepercayaan orang yang menonton lebih2 lagi kanak kanak. Asal hantu/pontianak je mesti ada cerita trajidis berkaitan kematian hantu tu. Terbaru filem Pengantin malam pun aku baca review pun lebih kurang macam tu jugak konsepnya. Mati kemudian jadi hantu. Sumber google Rasanya ramai yang dah tahu tapi tak mustahil masih ada lagi yang belum tahu. Orang yang dah meninggal dunia @ mati takkan mungkin kembali kedunia dalam apa keadaan pun samada baik atau buruk. Makna kata roh dia takkan jadi hantu pontianak,pocong,langsuir,darkula,hantu lompat bagai. Bila Roh & jasad terpisah maka roh dah kembali ke alam ...