Posts

GROUP MENGAIBKAN SUAMI KAT FB

Image
Ada ke group kat FB yang di tubuhkan semata mata nak aibkan pasangan? Ada.. sapa kata tak ada. Bukan kena bayar yuran pun nak create group kat FB.. bukan susah pun nak dapat ahli. Add je sesapa tanpa rasa bersalah.. penuh la group tu. ye dak?? Mesti hangpa tertanya.. erkk.. group apa yang dok aibkan suami tu. Share la... Gambar sekadar hiasan. Carian google Alkisahnya semalam tetiba secara tak sengaja dapat notification kat Fb katanya dah approve aku dalam satu group yang bernama Rumahtangga dot dot.. ni (tak payah la bagitau fullname group tu). Walau aku tak pernah tahu group tu apatah lagi request nak join tapi dah jadi fenomena biasa kot kat FB.. main add je orang masuk apa2 group. Pasal tu malas nak kupas kupis, kita cakap pasal aktiviti group tu sudah. Sempat la aku tengok apa aktiviti post group tu.. Rupanya lebih kepada meluahkan masalah rumahtangga untuk di bincangkan secara umum dalam group tu. Kebanyakkan luahan datang dari para isteri yang ada masalah dengan suami ...

BUANG SEMUA BARANG JENAMA SAMSUNG TANDA BOIKOT ISRAEL

Image
Dari pagi tadi aku dok baca isu yang katanya samsung penyumbang dana kepada Israel (betul tak betul aku tak sure). Baca la jugak komen2 penuh ghairah & marah manusia2 yang katanya prihatin atas apa yang berlaku di Palestine. Alhamdulillah rakyat Malaysia masih ada hati. ni yang sedang di sebarkan secara meluas kat laman sosial Dalam banyak2 komen ada aku terbaca komen yang suruh sesiapa jer ada guna barang tak kira apa2 gadget termasuk hp buang. Menitis air peluh I membaca komen macam tu. Gadget @ Hp samsung ni bukan rega seringit dua kot.. Ye betul kita tak sokong Israel kalau boleh kita pun tak nak menyumbang apa2 pada Israel. Selama ni kita tak tahu produk apa yang menyumbang pada Israel sebab takde pendedahan, bila dah di dedahkan.. baru kita tahu & kita dah terbeli. Kalau beli biskut jer takpe.. kalau terbeli peti ais 2 pintu jenama samsung tetiba demi menyokong boikot produk yang menyalurkan dana pada Israel perlu buang semua produk tu sedangkan benda tu dah j...

3 GADIS PAILANG AKHIRNYA DI HANTAR KE SEKOLAH PEMULIHAN

Image
Mesti ramai yang still ingat kes video 3 budak perempuan berpakaian sekolah yang gelar diri dorang konon Pailang sebelum membelasah seorang remaja perempuan kemudian di record perilaku tu & dengan bijak bistari jayanya pi upload then menjadi viral sehingga menyebabkan video tu menjadi kes polis & akhirnya mereka di tahan & di dakwa. Tadi terbaca artikel dari berita harian katanya bebudak 3 orang tu akan di hantar ke sekolah Tunas Bakti.. kalau yang tak tau sekolah tunas bakti tu apa.. kira macam sekolah pemulihan bagi pelajar yang bermasalah la macam pusat pemulihan akhlak. Alahai kesiannya... di bulan ramadan & tak berapa minggu lagi nak raya kena hantar jauh dari family. Sumber Berita Harian Nak buat camna dik... Setiap perbuatan tu ada balasan. Tak kat dunia, akhirat nanti. Apapun moga jadi pengajaran pada remaja2 lain. Tak payah nak pailang sangat & sebar satu dunia konon samseng alih2 samseng tak kemana, padah yang dapat. 3 lawan 1 tak pailang mana p...

BEZA LETUPAN DI MALAYSIA DAN PALESTINE (#PrayForGaza)

Image
Tersentuh hati aku bila terbaca satu caption yang simple tapi sangat2 mendalam.. Di Palestine mereka bersahur di dunia tapi berbuka di syurga. Betapa mengambarkan apa yang berlaku di sana. Nyawa seolah jaraknya dari sahur hingga berbuka. Kalau disana mereka tak berani lelapkan mata sebab takut bahaya datang tiba2.. Tapi kita kat sini bersengkang mata layan piala dunia. Kalau di sana.. kedengaran riuh suara tangisan meratap kematian.. kita kat sini riuh suara jerita Gol di pagi buta layan bola. Even kat Malaysia sekarang dah makin kedengaran bunyi letupan macam kat Palestine beza cuma letupan kat Malaysia konon nak bagi meriah.. Tapi di Palestine letupan yang dahagakan darah insan2 tak berdosa demi tamakkan kuasa. Kalau kat Malaysia kita dah mula boleh dengar & baca ada yang putus jari, hancur tangan bagai sebab letupan mercun tapi di Palestine sekarang kita boleh lihat di laman sosial ramai nyawa yang terkorban akibat dari letupan bom & bedilan peluru tak berperikemanus...

TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG HILANG ANGGOTA BADAN KERANA MERCUN

Image
Ucapan aku pada mereka2 yang menjadi mangsa mercun.. Tahniah! Kalau ada saki baki jari yang masih tak terputus/hancur/cedera tahun depan boleh la letupkan jari dengan mercun yer... Kalau dah abis semua jari kaki & tangan... Harap insaf la yer... Tahniah yer dik. Baru putus 3 jari.. banyak lagi jari simpan tahun depan pulak yer Kejam kan ucapan aku?? memang kejam. Aku memang manusia yang takde rasa simpati pada mereka yang tercedera parah sebab main mercun. Aku memang benci pemain mercun. Ni semua sebab jiran sebelah rumah aku kat kampung. Dah berpuluh tahun... & setiap tahun akan berlaku benda yang sama & aku rasa tahun ni jugak tetap sama. Depa akan tembak mercun menghala kerumah aku. Meletup atas bumbung.. kena cermin.. meletup kat tempat kakak & adik aku parking kereta. Dari malam sampai tengah malam kadang2 berlanjutan sampai 2 3 pagi. Nak2 lagi dekat raya & malam raya. Tengok TV pun dah tak dengar butir bicara TV.. mengalahkan duduk kat negara berperang...

PENTING UNTUK IBUBAPA TAHU TENTANG LITTLE SCIENTISTS

Image
Pernah dengar tentang Little Scientists? Mungkin ada antara kita yang dah tahu tentang little scientists ni & mungkin ada yang belum tahu. Bagi yang belum terutama ibu bapa, apakata jom kita ambil tahu untuk pendidikan awal anak anak kecik kita. Little scientists ni adalah satu program pembelajaran kanak kanak seawal 3 tahun hingga 7 tahun yang memperkenalkan kepada kanak kanak tentang dunia sains. Kanak kanak di ajar menggunakan imaginasi dengan eksperimen yang di tunjukkan contoh seperti belajar mencampurkan warna seperti kuning dan biru maka terhasilah warna hijau. Pembelajaran begini dapat menarik kanak2. Yelah.. budak2 kan.. apa yang nampak macam magic tu la yang paling senang untuk buat mereka tertarik sebab tu cerita2 dogeng mudah memancing kanak kanak untuk menonton. Jadi elok la kita tukarkan cerita dogeng dengan sains supaya apa yang mereka belajar itu lebih berilmiah. Mampu meransang perkembangan otak mereka sejak dari kecil. Bukan tu je program ni mampu mera...

UNFRIEND BUKAN PUTUS SILATURRAHIM

Image
Sebelum aku membebel panjang di bulan ramadhan yang mulia ni nak jugak aku cakap awal awal bahawa apa yang bakal aku tulis bukan untuk tuju kat sapa sapa. Apa yang bakal aku tulis nanti tu terdetik & terilham dari kepala otak aku dari situasi yang berlaku tak bermakna aku nak tuju kat mana2 individu jadi kalau ada yang terasa nanti anggaplah kebetulan. Yang mana baik ambil sebagai teladan yang buruk tu jemput la tegur kat komen nanti. Sumber carian google Bila kita suka dengan orang tu kita add dia sebagai friend tapi bila berlaku sesuatu yang tak di ingini kita akan pilih untuk menjauh dari dia.. samada unfollow atau unfriend.Kalau aku la kan... Tahun2 yang sebelum ni aku susah sangat nak unfriend orang tapi 2014 pecah record la aku unfriend orang. Ada yang anggap unfriend tu umpama putuskan silaturrahim.. Tapi aku bukan sebab nak putuskan sillaturrahim. Bila jadi sesuatu perkara macam salah faham @ perbalahan ni.. kalau aku tengok berpanjangan sangat memang aku unfriend b...