Posts

AMARAN BUAT ADMIN BLOG BELOHOG

Image
Biarlah orang nak cakap aku ni kedekut ke, suka besarkan isu ke yang pasti sesapa saja kat tempat aku mesti rasa marah dengan apa yang berlaku. Semalam aku detect 1 blog copypaste yang sejak dari dia buka blog satu ni.. dia asyik copypaste entri aku. banyak jugak blog dia manage tapi sapa2 pun boleh buat kalau setakat copypaste ye dak?? ni kita tak layak panggil blogger tapi kita kena blockjer Yer ada mention sumber artikel tu di copy dari blog aku tapi memandangkan dia target blog aku untuk ambil story maka aku pun jadi tak sedap jugak la. Tiap kali aku update masuk blog dia. Kerja senang la kau!! Tak payah susah2.. buat blog copy semua entri aku settle. Kalau satu dua entri aku takde la rasa mengelegak sangat ni entri aku sejak sebulan lalu ( sama usia dengan blog belohoh jugak baru sebulan lebih ) semua masuk blog dia. Kalau aku tak ambil tindakkan segera.. rasanya tiap kali aku update entri mesti dia copy. Sebab blog ni baru beroperasi & aku dapat detect dia buat kerja ...

YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM COPYPASTE ENTRI ORANG

Image
Kang ada pulak yang kata aku suka besarkan isu kecik. Bukan nak besarkan isu kecik bagi sesetengah orang sekadar nak berkongsi info yang aku dapat jer.. Yelah sama2 belajar. Yang tak faham sama2 cuba faham. Aku pun tengah belajar jugak bukan tahu @ faham semua perkara dalam dunia blog ni. Semalam aku detect 1 blog copypaste entri aku tanpa bagi backlink.. dah slow talk bagai.. ok aku izinkan dia guna entri aku dalam blog dia dengan syarat bagi backlink je ke blog aku. Kedekut sangat ke aku kalau buat camtu? tepuk dada tanya akal masing2 la yer sebelum label aku seorang kedekut ilmu, info atau nak gila nak cari nama dalam dunia blog. Aku buat camtu bukan pasal kedekut.. Tapi yup! aku menulis sebab aku nak orang baca & tahu itu adalah hasil penulisan aku sendiri. Aku tak nak hipokrit sangat la konon menulis sebab suka2 & untuk tatapan sendiri. Tu bukan target @ motif aku dalam berblog. Aku memang nak orang kenal penulisan aku. Aku tak hadap populariti pada diri aku pun.. tapi a...

BOIKOT PRODUK YAHUDI TAPI PERANGAI MACAM ZIONIS

Image
Boikot.. memang kat memana tak kira online @ offline semua orang bercakap tentang tu. Macam - macam cara orang Boikot.. yang cerdik boikot dengan ilmu yang bangang boikot dengan nafsu.. yang tak reti apa2 boikot sekadar meniru. Bunyi kasar tapi tu la hakikat yang kita nampak sekarang perbezaan orang yang faham kenapa boikot & bagaimana cara nak boikot dengan betul dengan orang yang boikot tapi sebenarnya tak faham kenapa kena boikot & bagaimana cara boikot yang sepatutnya. Aku selalu ikut perkembangan Gaza di page Aman Palestine . Biarpun Gaza semakin menampakkan kemenangan tapi aku tak terbaca lagi tentera Al Qassam membunuh orang awam Israel.. Yang dok baca yang di bunuh adalah tentera - tentera zionis biarpun setiap hari kita boleh baca Tentera Zionis membunuh bayi, kanak - kanak, wanita & orang awam Palestine. Takde pulak Al Qassam nak balas dendam pi bom rumah2 orang awam bagai.. Sebab mereka yang terpilih menyertai Al Qassam ni dah tahu undang undang perang. Mereka...

KESIAN GADIS NI DI AIBKAN GUA Tv Dot Com SEBAB MAKAN MC D

Image
Sebelum aku membebel panjang aku dengan rasa penuh tanggungjawabnya nak ingatkan Boikot adalah hak individu. Tiada paksaan atau bukan kemestian. Nak atau tak boikot terpulang pada diri masing masing. Kita nak boikot, bagus teruskan tapi jangan mencaci, mengaibkan atau memalukan orang lain yang tak nak turut serta memboikot. Yang tak nak boikot pulak.. takpe tak salah disisi undang2 cuma jangan pertikaikan apa yang orang lain nak buat. Kalau tak boleh membantu sila membatu. Likers ratus ribu pun nak guna taktik kotor lagi ke?? Walau budak ni bukan sedara aku.. bukan adik beradik aku malah aku tak rasa dia ada pertalian darah dengan aku sebab aku tak kenal pun budak tapi rasa geram jugak bila ada Page yang agak ramai likers menggunakan gambar budak perempuan dengan dengan cara yang sangat mengaibkan bagi aku untuk berkempen memboikot Mc Donald. Gambar ni aku yang merahkan muka dia. Gambar mula2 admin page ni upload memang tak sensor langsung Mula2 dia upload muka tak sens...

MODEL CARLIST.MY KENA MAKI SEBAB MUKA MACAM KIKI STERENG LOCK

Image
Nak minta maaf siap2 la.. bukan niat nak mengaibkan kiki dengan gelarkan dia kiki stereng lock tapi just nak buat orang tahu sapa aku maksudkan senang tak payah cerita berjela siapa kiki & macam mana dia di kenali. Sebab kalau cakap kiki & kisah stereng lock dia Insya Allah ramai yang tahu kisah beliau. Tapi entri ni bukan la nak cakap pasal kisah stereng lock tu.. nak cakap pasal benda lain pulak. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu apa kes pasal seorang model carlist.my yang aku agak maybe kena kecam,kutuk,keji,maki sebab mungkin orang nampak gambar dia seakan akan KIKI sampai pihak carlist.my terpaksa keluarkan kenyataan penjelasan bahawa model yang terdapat pada iklan carlist.my yang terpampang di bas, teksi bagai tu bukan kiki tapi salah seorang staff mereka. Kalau takde isu salah paham mustahil la carlist.my sampai terpaksa keluarkan penjelasan macam tu, ye dak?? ( lagipun ada blogger bagitau ada kat 1 page memang ramai yang maki model carlist.my ni sebab depa ingat kik...

SOALAN MAKCIK MAKCIK DI HARI RAYA JADI ISU SERIUS

Image
Bila zaman semua info main taip2 kemudian sebar banyak isu2 yang dulu di pandang remeh dah jadi isu besar atau isu yang di pandang serius. Sebabnya zaman sekarang tak puas hati.. up status kat FB kemudian akan di sokong oleh pengomen2.. Bila ramai yang menyokong isu tu maka terjadilah isu tu isu besar. Kita sedia maklum bila tiba hari berkumpul sedara mara, ada soalan2 wajib akan di tanya. kalau dulu standard makcik2 & orang tua jer tanya tapi soalan macam ni sekarang bukan je keluar dari mulut makcik2 & orang tua jer.. Malah golongan muda belia pun dah jadi mulut makcik makcik dah sekarang.. Soalannya... Bagi yang anak dara & anak teruna.. "Bila nak kawen?" Bagi yang dah kawen belum ada anak.. "Bila nak ada anak?" Bila dah ada anak tapi belum monopos.. "Bila nak tambah anak?" Ada setengah orang tak kisah.. Ada setengah orang sangat sensitif bila di ajukan soalan2 macam tu nak2 lagi yang anak dara bila soalan macam tu keluar dari kawan2...

BAJU KURUNG PESAK POKET TEPI BANYAK KELEBIHANNYA

Image
Baju kurung pesak salah satu fesyen baju orang2 melayu yang sejak dulu kala sehingga kini tak pupus di pakai. Dari sekecil2 anak sampai setua2 mak fesyen baju ni sesuai & di pakai. Macam tu jugak aku dari aku kecik sampai aku umur dah dewasa even tak berapa membesar masih selesa & suka pakai baju kurung pesak. Sumber google Entah kenapa aku tak tergoda sangat dengan fesyen2 baju kurung yang dah di upgrade dengan gaya moden ni.. tetap aku lebih suka baju kurung pesak kain pasang. Kain2 lycra ke hapa ker.. memang aku cuma tengok cantik tapi takde perasaan lagi nak pakai sebab aku memandang benda tu nampak rimas bila aku letak kat badan aku walau aku pandang fesyen dia cantik sekalipun. Sampai saat ni aku masih suka baju kurung pesak dengan poket tepi even dah tak banyak baju aku ada poket tepi sebab tailor sekarang kalau tak pesan dia tak buat poket tepi tu. Baju budak jer dia buat.. baju2 mak budak sekarang depa dah tak rasa satu keperluan kot nak buat sedangkan masih ad...