Posts

KOS MELAMAR DAH RM47,076.41, BELUM TUNANG & KAWEN

Image
Orang berduit ni kadang - kadang pelik jugak sang lekit fikir. Macam dah takde arah tujuan yang lebih berfaedah nak gunakan duit tu.. Mungkin jugak sebab dorang berduit maka apa saja yang di buat nak meraih perhatian orang lain dengan mencipta kelainan kononnya. Ayat dengki ke tu sang lekit?? Tak lah.. terpulang pada korang la nak labelkan ayat tu dalam tag dengki atau pendapat. Tak kuasa mak nak layan Nyah.. kekekekeke Alkisahnya seorang pemuda yang melamar kekasihnya dengan memakai kostum lobak merah dan cermin mata hitam bersama 49 rakannya di sebuah pusat membeli belah dan menari2 dengan iringan muzik & kemudian melamar kekasihnya tu. Dia mengambil masa tiga minggu untuk merancang aksi romantik itu. Kos lamaran itu dikatakan menelan belanja  RM47,076.41 . Tu baru kos melamar.. belum kos pertunangan seterusnya perkahwinan lagi. Seram sejuk jugak tengok angka tu. Nyah Zulfikar yang mula menyeru jodoh 2 3 hari ko ada berani keluar belanja banyak tu nak lamar bakal b...

STOK BUNGA API SEHINGGA MALAM RAYA

Image
Sesi mengimbau nostalgia kemeriahan menyambut raya datang lagi. Edisi imbauan kali ni bertajuk bunga api. Zaman sang lekit kecik2 dulu belum di haramkan lagi penjualan mercun & bunga api. Kalau boleh jual tu dah tentu la tak salah kalau nak main, kan?? Tapi dulu2 ni jarang sangat nak dengar kes putus sana sini, melecur sana sini akibat bunga api atau mercun berbanding sekarang. Teringat sang lekit kat arwah ayah.. 2 Minggu sebelum raya dah meriah orang jual segala jenis bunga api & mercun ni. Selain persiapan baju raya, kuih muih (dulu mak rajin buat sendiri kuih raya tapi tak lagi sejak anak2 semua dah besar semua main tunjuk2 jer) Arwah ayah yang prihatin nak tengok anak - anak dia bergumbira dalam menghitung hari menyambut raya stok bunga api pun di beli. Tapi ayah akan pastikan stok tu cukup sehingga malam raya. Ayah beli bunga api banyak -banyak.. dalam 2 minggu sebelum raya.. atau 10 hari sebelum raya macam tu, Arwah ayah akan bagi setiap malam 5 - 10 batang setiap ora...

REZEKI BULAN PUASA DARI NUFNANG

Image
Amboi bukan main susah sekarang ni nak dapat iklan kempen CPM dari nuffnang atau orang lebih kenal dengan BE, kan?? Nak dapat satu BE sebulan pun dah susah sekarang ni apa lagi nak meriahkaripapusing BE yang lebih dari sepeluh running kat blog macam dulu. Dah tu BE cepat sangat jadi ME. Dulu bertahan jugak sebulan.. sekarang ni seminggu jer. Sang lekit redha jer anggap tu sebagai rezeki kalau ada, kalau takde bermakna takde rezeki. Aktiviti berblog tetap di teruskan seperti biasa tanpa nada putus asa walau takde BE. Tak jejaskan mood berblog pun. Insyaallah blog ni terus hidup selagi kudrat tu ada. Lepas ni tak tau berapa lama nak bercuti berblog... Okies berbalik cerita BE tadi.. Terima kasih pada Nuffnang & Maxis Blackberry Playbook Launch (Grapevine) yang memilih blog melekit untuk kempen ini. Satu jer untuk bulan ogos setakat ni. Terima kasih daun keladi, kalau ada jangan segan silu bagi la lagi. kekekekekeke BE 11.08.11

MINGGU KAD RAYA

Image
Kalau dulu - dulu sebelum popularnya sms & handphone ni minggu ni la minggu bershopping kad raya, setem bagai kan?? Yelah.. Kang lambat - lambat hantar sampai lepas raya pula tak pun tak sampai langsung. Tak merasa la nak dapat balasan kad raya yang di kirim. Tak merasa la nak buat  hiasan dalam rumah gantung2 kad raya yang orang kirim. Carian google Teringat sang lekit zaman 90an dulu dimana kad raya memang popular. Sang lekit ni selalunya kerja membalas jer.. Yang mana yang tak sempat balas tahun lepas, di balas tahun selepasnya. Yelah kalau dah sampai seminggu sebelum raya mana la sempat nak balas. Jadi selalunya kad raya yang kawan - kawan, kenalan, atau sedara mara yang jauh kirim & lewat sampai tunggu la setahun lagi baru sang lekit balas. Seronok bila dapat kad raya. Macam - macam size, corak & kata2 ada. Ada siap berlagu bagai. Ada yang oversize tapi guna setem 50sen jer hantar maka posmen sedaya upaya sumbat jugak kat raya tu dalam peti pos walau tak muat....

LAGI BLOGGER DI SAHKAN HAMIL

Tahniah pada Ujang & yana yang khabarnya bakal jadi mummy & dady setelah yana di sahkan mengandung menurut sumber yang boleh di percayai di blog papa Ujang. Wah ujang dah naik pangkat. Sebelum ni khabar dari Ben Ashaari yang wife dia turut di sahkan mengandung. Rezeki bulan puasa. Maka.. Makin meriah lah dunia blog dengan bakal2 ibu & ayah lepas ni. Sang lekit cuma menghitung hari jer nak bersalin.. Yang baru di sahkan mengandung tu jagalah kandungan korang baik - baik yer. Tak payah nak survey barang baby lagi pada mereka2 yang baru di sah mengandung apatah lagi teruja nak shopping barang baby sebab perjalanan masih jauh. Sang lekit faham bagi yang kali pertama bergelar bakal mummy & dady ni mesti teruja. Tapi sang lekit dulu memang sangat2 rilex bab2 nak shopping barang baby ni. Apa yang sang lekit buat step by step. Awal kandungan, yang penting sang lekit cari infomasi tentang penjagaan diri & kandungan. Dah masuk 6 bulan keatas baru la survey2 barang baby ta...

BUNTING GAJAH

Image
Ramai pula blogger yang bakal jadi ibu & ayah kan sekarang ni. Terbaru khabar dari Ben Ashaari yang juga bakal bergelar bapak. Wah macam penyakit berjangkit pula. Apapun tahniah pada mereka2 yang bakal bergelar ibu & bapak ni termasuk jugak sang lekit. Meriah dunia blog dengan mummy & dady lepas ni. Tapi petang ni sang lekit nak cerita pasal penyakit bunting gajah. Penyakit apa tu?? Teringat sang lekit masa sekolah dulu, istilah bunting gajah yang di gunakan oleh seorang cikgu vateran kat sekolah. Kelakar juga masa pertama kali dengar istilah bunting gajah. Ni kebanyakkan terjadi kepada bapak2 budak. Tapi sekarang ni masalah ni bukan je di hadapi oleh mereka yang dah bergelar bapak tapi yang belum dapat pangkat bapak pun mula di jangkiti penyakit bunting gajah. Taknak kalah tu kaum lelaki. Kalau perempuan boleh mengandung, lelaki pun nak juga bunting. Adakah mereka suka akan keadaan ni?? Tentu sekali tidak kan?? Carian google Cikgu sang lekit ni umur pun dah senja masa...

BERTUAH & BERSYUKUR

Maaflah kalau sang lekit tak sempat nak jenguk blog2 korang yang berkunjung & berkomen kat blog melekit ni. Sejak semalam memang kurang sihat. Perut meragam.. Ingat keracunan makanan lagi sebabnya sahur 2 hari lepas pepagi hari belasah tomyam en hubby beli. Ni gara2 dia balik lewat.. So dia beli la sahur sekali. Nasib baik takde muntah2 @ cirit birit semalam cuma hari ni je pagi tadi muntah - muntah sikit. Perut masih rasa sakit. Mungkin sakit perut semalam bersambung hari ni & di tambah pagi tadi memang tak sahur sebab tak larat sangat nak bangun & takde selera langsung nak makan. Maaf la.. Den tak puasa hari ni akibat muntah & terpaksa ambil ubat tahan muntah. Al-Maklum la tengah mengandung, muntah2 tak elok nak2 lagi kandungan belum cukup matang. Ada lagi 1 bulan.. Untuk mengelakkan sebarang kejadian tak di ingini berlaku terpaksa la ponteng puasa hari ni. Berbalik pada tajuk entri sang lekit tu.. Apa yang bertuah? Kita ni kadang - kadang terlalu banyak merungut sa...