Posts

RAMAI YANG SEBUT TAPI TAK RAMAI TAHU MAKSUD NOKHAROM

Image
Orang kata jangan jadi ikut ikutan kalau kita tak tahu apa benda yang kita ikut. Jangan sebut sebutan kalau kita sendiri tak paham apa yang kita ikut sebut apa yang orang lain sebut. Bila kita jadi pak turut je apa orang buat konon nak nampak stylo & ikut trend tanpa kita selidik dulu apa benda yang kita buat & cakap tu tak mustahil kita akan memperbodohkan diri sendiri tanpa kita sedar. Aku sebenarnya tak berapa sangka ramai yang tak tahu asal usul perkataan NokHarom yang memang jadi sebutan ramai muda mudi.. yang bangka berjiwa remaja pun tak kurang jugak guna perkataan Nokharom untuk mengambarkan sesuatu yang konon nampak kelakar sangat la. Aku ni orang kedah.. orang utara perkataan tu yang aku tau berasal dari utara & aku pun dari kecik sampai remaja sehingga la meniti bangka ni memang biasa dengar perkataan Nokharom tu & aku tahu apa maksud perkataan tu & apa perkataan asal dia yang di singkat kan ejaan nak bagi bunyi macam loghat utara. Pada adik adik yang...

SUBAHANALLAH DI TERJEMAH SEBAGAI HALLELUJAH

Image
Aku tak tau nak mulakan mukadimah yang macam mana. Tapi just nak share & harap pandangan semua terutama orang yang lebih berilmu dalam isu2 agama Islam ni. Yelah.. ilmu aku sejengkal cuma.. apa yang aku tau basic je. Tapi bila terjumpa dengan perkara perkara macam ni aku jadi confuse jugak. Ni kisah jenjalan kat news feed FB maka terserempak dengan satu suggest page yang berkongsi gambar depan kaabah & status dia dalam bahasa Arab. Sebab ada translated by Bing tu maka aku pun clik la translation dia. Tetiba keluar perkataan Hallelujah.. erkk.. bukankah perkataan Hallelujah ni di gunakan oleh penganut agama Kristian. Aku try baca status yang di tulis dalam bahasa arab tu.. yang di translated sebagai Hallelujah tu berasal dari perkataan @ ucapan Subahanallah. Kalau di translated ke bahasa melayu bermaksud Maha suci Allah. Kalau di translate ke bahasa english jadi Hallelujah. Hurmm.. sungguh aku keliru sebab aku tak tahu apakah Subahanallah benar2 di sebut sebagai Hallelujah dal...

TAK SEMPAT BERSERAM DI KELLIE CASTLE

Image
Seharian semalam aku takde merepek kat Fb mahupun kat blog maka ketahuilah aku aku diam diri dari FB tu bermakna aku berada di luar kawasan rumah aku. Balik kampung sekejab. 1 malam je kat kampung. Macam besa la.. aku ni balik kampung tak pernah nak lama - lama. Takde apa.. sesaja je balik tanpa plan. Perjalanan balik dari kampung ke Selangor darul ehsan ni sempat jugak singgah di tempat yang terkenal dengan cerita seram, mistik & aktiviti paranormal kat perak ni.. dimana lagi kalau bukan sebuah istana lama bernama Kellie Castle.  Tapi sayangnya kami hanya tengok dari jauh.. nak masuk time tu masih boleh. Tak silap tiket dia singgit je sorang tapi memandangkan anak aku yang baru je recover dari gangguan mistik ni.. hurmmm.. takpe. Tak payah aku cari penyakit walau hati ni ada juga keinginan nak jejak kaki masuk ke dalam & tengok sendiri.. & kalau boleh merasai keseraman dalam kellie's castle tu nak jugak rasa. Al Maklum la aku ni kan peminat cerita seram.. Kira a...

DUA MALAM TANPA GANGGUAN MISTIK

Image
Alhamdulillah.. 2 malam dah shahila tidur tanpa sebarang gangguan tengah malam. Takde lagi demam tengah malam atau meracau & menangis tiba2 tengah malam. Tenang sikit hati mak ni nak.. Pun camtu takde la 100% tenang setenang tenangnya... Masih memantau. Carian google Tapi sejak sejak dia terkena gangguan mistik ni perangai dia semakin berubah even dah nampak macam sembuh. Suka meragam & merengek. Kalau tak dapat apa dia nak mula protes. Dulu tak macam ni sangat tapi sekarang memang nampak berubah la perangai dia. Tak tau la maybe dia belum recover sepenuhnya lagi. Tunggu check up dengan Alhidayah hujung bulan ni. Sebelum tu kami lakukan la apa yang sepatutnya untuk halang gangguan tu. Cuma dia takde selasak dulu even aktif bermain. Dalam mall takde la macam lipas kudung sangat. Extra energy tu macam dah kurang. Sekarang ni kalau dia rasa nak susu pun dia meragam. Dulu takde la sangat macam ni. Yang pasti dia nak banyak attention dari mak bapak dia lebih2 mami la. Dia ...

AKU TAK TAKUT PADA JIN KERANA AKU SEORANG IBU

Image
Itulah naluri seorang ibu. Akan jadi kuat & berani dengan apa saja bila berkaitan dengan anak. Kalau korang ikuti blog ni ada 2 entri yang aku cerita pasal kesihatan anak aku sejak dua menjak ni. (Boleh rujuk entri ni BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH & RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN ) Semalam.. sehari selepas dapatkan rawatan di Al Qayyum.. lala dah tunjuk perubahan yang baik bila dia dah tak demam & dah ada selera untuk minum susu macam biasa. Siang semalam dia aktif & takde tunjuk apa2 perangai tak sihat atau pelik. Sampai malam dia tidur dalam pukul 11 & terjaga menangis menjerit2 dalam pukul 2 pagi. Waktu tu sungguh aku & asben memang panik. Tapi dalam hati aku sentiasa mencabar apa saja yang menganggu anak aku waktu ni untuk muncul depan aku. Macam pengamal perubatan Islam cakap anak aku terkena gangguan jin, aku memang cabar berapa banyak jin yang ada dalam rumah aku sekarang untuk muncul berdepan dengan aku. Sungguh perasaan takut ...

RUPANYA DAH LAMA AKU TINGGAL DENGAN JIN

Image
Mungkin ini dugaan untuk aku tahun 2014. Selama membesarkan lala yang dah nak masuk tiga tahun ni.. masa lahir 4 bulan pertama shahila memang menduga kesabaran kami suami suami isteri bila dia asyik nangis dari tengah malam sampai dekat subuh. Dan lepas 4 bulan.. semakin senang nak handle budak tu & makin besar makin susah pulak dia nak menangis apatah lagi meragam cuma lasak je. Shahila budak susah nak kena demam atau sakit.. kalau demam pun tak sampai 24 jam.. tapi tahun ni memang menduga. Aku dah cerita entri sebelum ni pasal gangguan dari makhluk ghaib kat anak aku tu (boleh rujuk entri ni >> Shahila kena gangguan << ). Lepas sehari bawak ke pusat rawatan Al hidayah tetap lala tak tunjuk apa2 perubahan. siang dia tak demam cuma langsung tak nak minum susu sampai kena pujuk. Tu pun sekali minum cuma 1 oz bukan setiap jam.. 1 hari tak sampai 2 botol susu pun normally dia minum susu sejam atau sejam setengah sekali 5oz.. Memang ketara sangat perubahan lala sejak sak...

BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH

Image
Tajuk entri bukan tajuk gimik semata mata yer.. Ini adalah pengalaman yang terjadi pada kami 3 beranak yang mungkin boleh di jadikan pengajaran pada semua yang sudi baca entri ni. Perkara ni masih baru lagi berlaku.. jadi ni bukan kisah dahulu kala. Kalau minat nak tau kisahnya.. rajin rajin la baca entri ni sampai abis bukan baca tajuk kemudian buat cerita dari imaginasi sendiri. Alkisahnya 1 mei aritu kan cuti hari buruh. Nak pergi holiday bagai awal tahun ni rasa 2 dua tempat jauh kami berjalan. Bulan Januari dah berjimbaraya kat Sabah.. lepas sabah tu dalam bulan 3 dah bersantai di hatyai jadi 1 mei takde makna nak nak bermalam kat mana2 tempat percutian. Bila dah cuti si asben tu konon rasa nak amik angin sejuk kat Fraser Hill.. alih2.. sampai sana tak sejuk pun. Kalau sebelum ni pergi lala kena pakai sweater jugak untuk langkah keselamatan supaya tak kena selesam tapi 1 mei aritu rasanya kalau bagi pakai singlet pun budak tu takde hal. Memang cuaca biasa je suhunya. Duduk2 keja...